CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 27, 2014

Heart.

Bismillahirrahmannirrahim . Assalamualaikum w.b.t 

Hai semua . Mungkin agak lame meninggalkan dunia blog ni . Bukan agak lama tapi memang lama lah ceritanya . Okay , tahun ni aku nak ambil SPM dah . So , aku kena belajar elok elok . Struggle in my big examination yang menetukan masa depan aku . Dah , cukup . Lari dari topik aku ni .

Tersebutlah al-kisah aku dalam zaman yang penuh cabaran sana sini . Mengejar impian 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia . Dalam pada yang sama , aku berkawan dengan satu insan diberi nama lelaki . Berkawan terlalu lama tapi tak mustahil kalau ada perasaan yang istimewa antara kami . Jadinya di sini , aku nak kata yang aku ni taklah dilamun cinta or ape kebendenye lah . Aku cume suka dan cinta seseorang tapi suka dan cinta aku bukan sekadar nak berseronok , nak disayangi , cinta monyet zaman kanak-kanak atau nak tunjuk dekat orang yang "Weh , aku dah ada boyfriend" , "Aku dah couple kot" . No ! No ! No ! Semua tu salah . Aku dah matang lah , dah besar , dah boleh fikir benda baik dan buruk . Aku tak mainlah cinta macam tu . Hahahaha . Bajet ayat aku tu tapi itulah yang hati sanubari aku cakap . Aku kalau nak bercinta , nak lah bercinta selepas akad nikah . Baru feel nak bercinta . Kalau bercinta sebelum akad nikah , tak feel bila dah akad nikah nanti . Mesti bosan gila nak mampus sebab kemesraan dah hilang , habes semua lah . Tambahan lagi , dosa pun bagaikan gunung everest yang tinggi yang tersangatlah . Bercinta lepas akad nikah kan lebih mulia , diredhai Allah dan ibu ayah . So , kalau boleh , biarlah bersahabat . Jadi , aku nak pesan ni . Tolong lah dengar yee . 

"Wahai sahabat , aku tak kesah kalau kau suka dekat aku . Sebab aku tahu , suka dekat seseorang tu lumrah . Tapi aku nak kau kawal rasa suka , cinta , sayang , rindu dan lain lain . Aku bukan tak hargai , aku hargai apa yang kau buat untuk aku tu . Cume aku tak nak lah kita mesra semacam . Aku taknak lah tidur kau tak lena sebab aku . Aku sebenarnya tak suka lah kau mengada ngada macam tu . Aku nak cakap tapi tak sampai hati . Kau dah lah suka sangat dengan sentap dan merajuk . Aku tahu hati aku pun tersangkut dengan kau . Aku cuba untuk kawal sebab aku taknak perkara remeh macam ni berterbangan di otak aku ni . Kita jadi macam biasa balik okay . Macam dulu kala , takde perasaan antara kita . Lagi satu , aku tak suka dengan sifat cemburu kau yang tinggi tu . Aku tahu kau marah , tak suke bila aku rapat dengan sesapa especially lelaki . Kalau dapat tahu , kau mesti rasa nak mengamuk , marah bagai . Tapi tolong lah kawal perasaan kau tu . Jangan disimpan perasaan macam tu okay . Aku mengaku , aku pun kadang kadang cemburu dengan kau even benda tu agak tak logik di akal untuk cemburu . Tapi aku still boleh kawal rasa tu sebab aku tahu benda tu tak remeh mana . Kau pun cakap , kau ada niat nak kahwin dengan aku . Okay , memang bagus . Aku tak berapa kesah sangat sebab niat kau baik . Dan aku rasa , mungkin aku ada kelebihan untuk jadi isteri kau . Walaupun aku ni takde lah baik mane . Tapi kalau niat kau tu kekal sampai bila bila , aku akan cuba jadi muslimah yang baik kepada suami aku . Aku pun ada niat yang sama dengan kau . Tapi aku taknak lah tunjuk sangat sebab aku tau aku ni sape untuk jadi isteri kau kan . Dan aku tahu jodoh tu dekat tangan Allah , bukan tangan aku . Aku takda hak nak tentukan sape jodoh aku tapi aku ada hak untuk suka , cinta dekat sesiapa yang aku nak . Tapi orang kata "Kalau jodoh , tak kemana" . So , kau takpayah nak risau sangat lah . Aku boleh jaga diri aku dan hati aku . Kalau jodoh , In Shaa Allah , kita bersama okay . Tapi hati kau tu , aku tak tahu lah macam mane . Aku redha kalau Allah tak kasi kita bersama . Tapi aku selalu mintak dekat Allah dengan doa sebab aku taknak perasaan suka dan cinta aku tu , hilang tanpa bayangan hasil . Aku nak lah suka dan cinta aku tu membuahkan hasil iaitu hubungan cinta yang halal dan kekal hingga ke Syurganya . Tapi kita kena ingat , nak dapat cinta manusia , kita kena dapat cinta Allah dulu . Kalau dah dapat cinta Allah , In Shaa Allah , kita dapat cinta manusia . Jadi , aku harap aku dapat lah cinta manusia yang aku suka . Aku taknak cinta aku bagai air jatuh ke pasir . Dulu kata suka antara satu sama lain , tapi nanti dah takde ape ape dah . Aku taknak lah kecewa . Then , aku taknak lah kau kongkong aku sangat sebab kita masih berkawan , bukan lebih lebih . Aku nak kau tahu "Cinta itu umpama pasir di atas tapak tangan . Jika kita genggam pasir tu , maka pasir tu akan jatuh sikit demi sikit . Akan tetapi , jika kita biarkan pasir tu di atas tangan , maka pasir tu tak akan jatuh dan sentiasa kekal di situ ." Bukan ape , aku taknak lah jadi pasir yang jatuh tapi aku nak lah jadi pasir yang kekal di atas tapak tangan . Aku tau lah kau sayang aku tapi jangan kongkong aku sangat . Bagi aku kebebasan . Kau takde hak nak kongkong aku melainkan aku jadi yang halal untuk kau okay . Aku punye hati , In Shaa Allah tak berubah selagi aku tetapkan prinsip aku tu . Aku suka kau , cinta kau , bukan saja saja . Aku punye suke , cinta bersebablah tapi bukan sebab kau kaya , handsome or taste perempuan pelik . Tidak sama sekali semua tu . Kau nak tahu kenapa ? 

1.Kita mengenali antara satu sama lain like kau tahu perangai aku dan aku tahu perangai kau . Dan jika kita ditakdir bersama , kita takda masalah sebab kita dah memahami antara kita . 

2.Kau ada otak yang cerdik , pandai dan elok . Kalau aku kahwin dengan kau , aku dah nampak masa depan kita cerah sebab kau dah belajar tinggi mesti ada kerja yang bagus . Bila kau ada kerja yang bagus , gaji kau lumayan . Bila gaji kau lumayan , kau boleh menampung kewangan keluarga .

3.Keluarga aku mengenali diri kau . Bila aku cerita ape ape pasal kau , diorang tak ambil kesah . Diorang senyum dan okay jee . Dan kalau aku nak mintak restu kahwin dengan kau , In Shaa Allah , diterima . Mana tak nyee , segala latar belakang kau aku cerita . Nasiblah dapat mulut aku yang banyak cakap ni .

4.Kau ada pengalaman duduk dekat asrama . So , dekat situ aku tau , kau ni berdisiplin dan berdikari . Dekat situ aku boleh nampak dah kau ni ada tanggungjawab sebagai ketua keluarga . Aku ambil contoh terdekat jee , ayah aku . Dia duduk asrama dulu , STAR , Ipoh . Dekat rumah dia banyak tolong ibu aku . Dia boleh buat kerja rumah sebab dia dah terdidik masa dekat asrama dulu dan dia pun anak sulung kan . No wonder lah dia boleh jadi macam tu . 

5.Kau punye perangai macam ayah aku iaitu panas baran . Jadi , dekat rumah kalau ayah marah marah kami yang di rumah ni , aku tahu reaksi selepas itu . Then , aku rasa aku boleh menangani orang macam kau . Aku boleh belajar melalui ibu . Dan aku rasa aku dah biasa dengan orang kategori macam ni .

6.Kau anak bongsu dan kau termasuk dalam list aku iaitu nak kahwin dengan anak bongsu . Bukan apa , aku cuma tiru ibu dengan ayah jee . Ayah anak sulung and ibu anak bongsu . Bila aku perhatikan diorang , diorang like perfect lah . Sebab perangai kan lain anak sulung dan bongsu ni . Jadi bila digandingkan , bagai pinang dibelah dua . Hahahaha . Menyampah pulak aku dengan sebab ni .

7.Kita ditakdirkan lahir pada bulan yang sama . Dan aku rasa benda tu like manis manis . Hahahaha . Serious macam geli . Tapi tulah dia nyee berangan sampai ke langit . Entah pape pape .

8.Kita suka antara satu sama lain atas sebab yang agak tidak munasabah munasarawak .Dan benda tu agak lawak sekali . Hahahahahaha . Mana tak nya suka sebab suka sangat bergaduh tak tentu pasal dan bila bergaduh mulalah rindu . Sembang gaduh kencang sampai tak payah contact lah ape bagai , last last elok balik . Mungkin itu jodoh . Wahwahwah .

9.Allah yang wujudkan perasaan ni untuk kita . Mungkin ni sebahagian ujian untuk kita . Allah nak tengok yang kita ni boleh tak kawal perasaan tu . Tapi setakat ni aku mampu lah kawal . Kau ? Aku tak tahu lah . Harap harap boleh kawal . Dan ini ujian jodoh . Amende lah merepek tak sudah . Tapi alhamdulillah lah , ada orang nak suka dekat aku yang serba kekurangan ni .

10.Kau tak belagak dengan apa yang kau ada . Kau anggap diri kau insan yang biasa biasa saja . Aku suka yang tu . Walaupun , parents kerja hebat hebat , family yang bijak sana sini situ , kau still nampak macam macam macam ? Entah lah macam ape . Hikhikhik . 

Okay , itu lah antara sebab sebab yang aku boleh senaraikan . Sebenarnya banyak benda nak cakap . Kau pernah cakap dekat aku buat ape suke orang macam kau , teruk and bla bla bla .  Yang lepas , biarkan saja . Tumpu ape yang ade di hadapan . Aku tak pandang pun benda teruk tu . Walaupun kau takde lah alim mane tapi aku yakin hati kau alim dalam diam . Memang orang tak rasa benda tu tapi dapat rasa lah . Hahahaha . Habeslah , perasan nanti . Bukan boleh percaya kau tu . Hish . Hmmmmm . Ape nak cakap lagi ? Speechless pulak . Kalau text , berapa banyak text nyee . Aku ni kalau dapat cakap , macam macam dimuntah nyee . Maklumlah calon A+ Bahasa Melayu . Muahahahaha . Dahlah tu , panjang dah ni aku merepek nyee . Marah orang nanti , tak habes habes cakap nyee . Before aku tamatkan utusan ni , aku harap , kau tak terasa dengan ayat ayat cinta aku . Kalau terasa , aku hulurkan sepuluh jari tangan sepuluh jari kaki beralaskan sarung tangan dan stokin memohon maaf lah . Aku harap kau ambik pengajaran sikit dengan kata kata keramat aku tu . Aku takde niat nak sakitkan hati . Aku cuma nak luahkan ape yang aku rasa . Aku tak suke pendam lama lama , nanti takut jadi dendam . Harap memahami . Kalau kau tak suke , kau boleh pergi . I'll let you go . Maklum lah perempuan kan cerewet sikit . Tapi cerewet aku tu takdelah teruk mane . Kalo nak  Aku sayang kau , kalau boleh nak sayang sampai bila bila dan aku nak kau sayang aku sorang jee . Tapi aku tak boleh nak buat ape ape , semua tu ketentuan Allah . Aku tak boleh nak ubah sesuka hati . Aku hanya hamba Allah yang hanya melakukan apa yang diperintahkan . Kalau kita ditakdirkan bersama untuk selama-lamanya , tak hilangnya aku ni walaupun berbeza tempat . Biarlah kita tak ditemukan sekarang tapi ditemukan suatu hari nanti bila masanya telah tiba . Bak kata orang , KALAU JODOH TAK KE MANA ."

Okay , finally habes jugak kisah hati aku ni . Wakakakaka . Penat betul menaip nyee , memikir ayat nyee . Kalah karangan Bahasa Melayu . Kalau lah SPM nanti idea aku banyak macam ni , kompem A+ . In Shaa Allah , aku boleh punye . Aku harap kalau dia terbaca ke , jangan kasi respon ape ape dekat aku . Tahu dan diam sorang sorang jee . Takpayah nak text dengan comment comment yang pelik . Malu lah aku . Merepek sorang sorang . Then , orang yang aku mention tu pun baca . Memang rare lah ceritanya . Hahahahaha . Cukup An Nur cukup . Salah silap tu datang dari aku sendiri . Yang baik tu datang dari Allah . Semoga memahami dengan kisah hati aku tadi terutamanya orang yang aku cerita ni . Jangan nak marah ke mengamuk ke ape ke . Senyum senyum takpe tapi jangan sampai terbayang bayang pulak . Bajet bajet jee . Astagfirullahalazim . Okay , itu jee setakat ni . Byeee . Assalamualaikum <3


No comments:

Post a Comment

Followers